Sabah rekod 5,082 kes baharu


KOTA KINABALU— Jumlah kes baharu COVID-19 di Sabah terus mencanak sebanyak 5,082 kes baharu dilaporkan hari ini.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun ketika mengumumkan perkara itu di Twitter berkata, “5 Ribu!”.

Dalam ciapan itu beliau menambah, Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,086 kes iaitu 60 peratus adalah daripada kategori simptomatik atau bergejala.

Ini diikuti Sandakan 500 kes, Penampang (463), Tuaran (421), Papar (313) dan Tawau (310).

“Dua kluster pendidikan dikesan melibatkan 604 kanak-kanak berusia 11 tahun dan ke bawah,” katanya.

Beliau menambah, daripada jumlah kes keseluruhan, 99.72 peratus adalah dalam Kategori 1 dan 2, Kategori 3 (3), Kategori 4 (10) manakala Kategori 5 (1).
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.