Rumah dilempar mercun
SiBU: Penduduk di sebuah rumah di Lorong 12B, Jalan Bukit Penyau di sini dikejutkan dengan bunyi letupan mercun yang berlaku tengah malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 12.40 tengah malam dan mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu ke lokasi.

"Tiba di lokasi, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Omar Ali Saifuddin Enton melaporkan, cermin tingkap dan siling bahagian hadapan rumah terbabit telah pecah kesan dari letupan mercun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, katanya, letupan tersebut tidak mencetuskan kebakaran.
Bagaimanapun, katanya, letupan tersebut tidak mencetuskan kebakaran.
Sehubungan itu, tegasnya, bomba menasihati pemilik rumah terbabit membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
Ini kerana katanya, letupan itu dikhuatiri arson.
"Setelah keadaan didapati selamat pasukan bertolak balik ke balai," ujarnya.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.