11 cawangan PBPM di Sarawak perlu ‘rumah’ sendiri untuk menjalankan aktiviti



LIMBANG: 11 cawangan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) di Sarawak masih belum mempunyai kemudahan bangunan dan pejabatnya sendiri yang menyukarkan untuk mengadakan sebarang program dan aktiviti persatuan.

Pengerusi PBPM Negeri Sarawak Superintendan (B) Han Hipeni berkata hanya ibu pejabat PBPM di Kuching mempunyai bangunan dan pejabatnya sendiri.


“Ini yang kita perjuangkan,mesti ada tempat, ada ‘rumah’ sendiri baru senang bergerak,”katanya ketika ditemui Borneo Network pada Mesyuarat Agong PBPM Daerah Limbang di Dewan Bunga Raya disini hari ini.

Turut sama ialah Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot dan Ketua Cawangan PBPM Daerah Limbang Roslan Kimin.

Jelasnya lagi sebaik menerajui persatuan itu pada 2020, beliau sedang berusaha mencari jalan untuk memastikan 11 cawangan persatuan itu mempunyai bangunan dan pejabat sendiri.


Pada masa ini 11 cawangan PBPM di negeri ini terpaksa menumpang bangunan kerajaan lain untuk menjalankan aktiviti,mesyuarat dan program persatuan.

Bagi mengenalpasti keperluan serta mendapatkan informasi ahli-ahlinya kata beliau lagi pendekatan turun padang dijalankan di setiap cawangan yang ada di Sarawak termasuk di Limbang.

PBPM Negeri Sarawak ditubuhkan pada 23 Mei 1975 dan mempunyai kurang 5,000 ahli.

Manakala sebanyak 139 cawangan PBPM dinegara ini dengan keahlian 140,000 ahli seluruh Malaysia.
Next Post Previous Post