Rayyan mati sejurus diselamatkan
RABAT, (Maghribi) -- Istana Diraja Maghribi mengesahkan lewat Sabtu kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang terperangkap selama lima hari dalam sebuah perigi kering di sebuah kampung di utara Maghribi.
Satu kenyataan mengumumkan Rayan Oram menghembuskan nafas terakhir sejurus selepas dia berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital berdekatan, lapor Agensi Anadolu.Raja Mohammed VI mengucapkan takziah kepada ibu bapa Rayan berikutan kemalangan tragis itu.
Rayan terjatuh ke dalam perigi kering sedalam 32 meter (105 kaki) pada Selasa di Igran, wilayah Chefchaouen dan usaha menyelamatnya diteruskan sejak itu.
Pasukan penyelamat telah bergelut untuk mengeluarkan Rayan dari perigi sejak kanak-kanak itu terperangkap pada Selasa.
--BERNAMA
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.