Ismail sabri, keluarga Malaysia ucap takziah kepada keluarga Rayan


KUALA LUMPUR— Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia pada Sabtu, selepas terperangkap selama lima hari dalam sebuah perigi kering di sebuah kampung di utara Maghribi.

Ismail Sabri menerusi catatan di Facebook beliau berkata Keluarga Malaysia turut mengucapkan takziah kepada keluarga Rayan Oram.

“Semoga roh Allahyarham Rayan tenang di sana. Anak syurga milik Allah SWT,” katanya dalam catatan tersebut, hari ini.

Rayan terjatuh dan terperangkap dalam perigi sempit sedalam 32 meter pada Selasa di kampungnya di Ighran, yang terletak di kawasan bukit dekat Chefchaouen dan usaha menyelamatkannya dijalankan sejak itu.

Lewat malam Sabtu, Istana Diraja Maghribi mengesahkan Rayan telah menghembuskan nafas terakhir sejurus selepas dia berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital berdekatan.

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.