Lokap Balai Polis Mukah dilengkapi CCTV

Lokap Balai Polis Mukah yang kini dilengkapi sistem kawalan CCTV. Gambar kredit IPD Mukah

MUKAH—Lokap Balai Polis Mukah kini dilengkapi kemudahan kamera litar tertutup (CCTV).

 

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah berkata, sebanyak 15 CCTV telah dipasang meliputi kawasan penting lokap.

 

“Kerja-kerja menaiktaraf lokap dengan kemudahan CCTV ini telah selesai.”

 

“Ini termasuk pemasangan di bahagian pejabat pertanyaan, laluan ke lokap, bilik pifos (soal siasat/ kawad cam), bilik sentri lokap dan laluan luar lokap, ruang legar lokap dan dalam lokap lelaki dan wanita,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Tambahnya, ia bertujuan sebagai langkah berjaga-jaga, keselamatan serta memudahkan penyelenggaraan lokap.

 

"Dengan adanya pengawasan CCTV yang lengkap secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti pemantauan terhadap keselamatan tahanan lokap dan sistem keselamatan di lokap secara keseluruhannya," jelasnya.

 

Lokap Balai Polis Mukah dapat menempatkan 28 tahanan lelaki dan 12 tahanan wanita pada satu-satu masa.



LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.