Bomba bantu potong cincin lekat di jari

Anggota bomba membantu memotong cincin plastik di jari telunjuk tangan kiri seorang kanak-kanak. Gambar kredit JBPM


LAWAS— Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terpaksa menahan sakit setelah cincin plastik tersangkut di jari telunjuk tangan kirinya malam tadi.

 

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Limbang, Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan  daripada Hospital Lawas  kira-kira jam 7.35 malam untuk membantu memotong cincin tersebut.



“Sebaik tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai, didapati seorang kanak-kanak sedang menahan kesakitan.”

 

“Mangsa sebelum itu telah mencuba pelbagai cara untuk mengeluarkan cincin tersebut namun gagal berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas diketuai Pegawai Bomba  Kanan (PBK) II Awang Adani Damit terlibat dalam operasi tersebut.

 

Pasukan bomba mengambil masa kurang lima minit untuk memotong cincin itu tanpa sebarang kecederaan menggunakan peralatan khas.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.