Lelaki maut tercampak keluar dari kereta
Kenderaan mangsa yang terlibat kemalangan jalan raya di Jalan Deshon awal pagi tadi. |
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, dalam kemalangan yang berlaku pada jam 6.30 pagi, mangsa yang maut dikenali sebagai Willy Asain, 23 tahun berasal dari Rumah Julin Sungai Mapai Sungai Aping, Kanowit.
"Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Willy dalam perjalanan dari arah Sibu Jaya menghala ke pusat bandar."
"Semasa tiba di tempat kejadian, kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan dan terlanggar batu sebelum terbabas ke lorong kanan jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas Alexson, akibat pelanggaran itu, pemandu tercampak keluar dari kereta.
Tambahnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas ambulans Hospital Sibu.
Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.