Dua lelaki ditahan curi buah kelapa sawit

Dua lelaki ditahan mencuri buah sawit di Senadin. Gambar kredit Polis Daerah Miri

MIRI— Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri buah kelapa sawit di sebuah kebun di Jalan Senadin, Kuala Baram hari ini.

Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menerusi kenyataan hari ini berkata, dalam kejadian pagi tadi, pasukan Unit Peronda (MPV) sedang melakukan rondaan pencegahan jenayah.


“Anggota MPV telah menerima maklumat dari bilik gerakan IPD Miri berhubung aduan pengadu bahawa ada orang mencuri buah sawit di dalam kebun pengadu.”

“Bertindak diatas maklumat tersebut anggota MPV pergi ke lokasi yang dinyatakan dan berjaya membuat tangkapan ke atas dua lelaki bersama barang kes.”


Katanya, kedua dua suspek di bawa ke Balai polis Pusat Miri bersama barang kes untuk tindakan selanjutnya.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.