ATM berkas 7 PATI


KUCHING — Tindakan tujuh pendatang tanpa izin (PATI) yang cuba menyusup masuk secara haram ke negara ini berjaya dipatahkan Tentera Darat Malaysia (TDM) Markas Divisyen pertama Infantri Malaysia dalam Ops Benteng malam tadi.

Markas Divisyen Pertama Infantri dalam kenyataan akhbarnya memberitahu, lima daripada PATI terbabit merupakan lelaki dan dua wanita berusia sekitar 23 hingga 44 tahun.
Menurutnya, mereka ditahan oleh anggota Ronda Jarak Jauh (RJJ) semasa rondaan sekitar jam 8.15 malam pada 3 Februari di kawasan ladang sawit, Kampung Stass, kira-kira 200 meter dari sempadan Indonesia - Malaysia.

“Anggota yang sedang melaksanakan rondaan telah terserempak dengan tujuh individu yang mencurigakan. Pemeriksaan awal mendapati mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.”

“Siasatan lanjut mendapati kesemua PATI ini pertama kali ingin masuk ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Tiada rampasan dibuat dan kesemua PATI tersebut disuruh berpatah balik,” katanya.

Tambahnya, TDM akan terus kekal siap siaga dalam mengawal keselamatan dan memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.