82 kompaun bernilai RM82, 000 dikeluarkan di Kuching

Gambar arkib PDRM Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching mengeluarkan 82 kompaun dengan nilai keseluruhan sebanyak RM82,000 bagi tempoh 11 hingga 17 Februari 2022 di sekitar bandar raya ini. 

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, kompaun itu dikeluarkan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) di bawah Akta 342.


"Kesemua kompaun ini dikeluarkan menerusi operasi pematuhan SOP yang dilaksanakan oleh pasukan Op Pematuhan IPD Kuching sepanjang tempoh tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jelasnya lagi, daripada jumlah kompaun tersebut seramai 49 lelaki dan 26 perempuan kompaun telah dikeluarkan dengan nilai kompaun sebanyak RM75,000. 


Manakala kompaun ke atas premis kata Ahsmon sebanyak tujuh kompaun dengan nilai kompaun RM7,000. 

"Kesalahan yang paling banyak dilakukan sepanjang minggu lepas adalah gagal memastikan pekerja dan individu mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera. 


"Kompaun dikeluarkan atas kesalahan di bawah Peraturan 17(1) dan 17(2) PPPB (LLDKTJ) (PPN) 2021," ujarnya. 

Sehubungan itu, tegasnya, polis mengingatkan masyarakat untuk terus mematuhi SOP demi kebaikan bersama.
Next Post Previous Post