13 Saman Trafik Dikeluarkan Atas Pelbagai Kesalahan

Pix Ihsan Trafik IPD Mukah: Polis trafik IPD Mukah semasa menjalankan pemeriksaan sekitar Bandar Mukah, semalam.

MUKAH: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah mengeluarkan 14 saman atas pelbagai kesalahan di sekitar Bandar Mukah dalam operasi pemeriksaan yang dijalankan semalam.

Jurucakapnya mengesahkan hari ini, kesemua saman yang dikeluarkan itu adalah semasa waktu puncak kerana kebiasaanya waktu berkenaan ramai yang melanggar undang-undang jalan raya.

"Selain bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang, ianya dalam masa sama membantu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas sekitar bandar," ujarnya.

Menurutnya, penguatkuasaan yang dijalankan ini secara tidak langsung akan membolehkan pengguna jalan raya sentiasa peka serta mematuhi undang-undang trafik.


Beliau sebagai berkata operasi pemeriksaan yang dijalankan anggota trafik berjalan dalam keadaan cuaca baik tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pemeriksaan serta operasi bersepadu akan dijalankan dari masa ke masa bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang trafik yang ditetapkan bagi mengurangkan kadar kemalangan di sekitar Bandar Mukah.

"Sebaik-baiknya patuhi undang-undang jalan raya kerana ianya bukan sahaja menyelamatkan nyawa anda, namun dalam masa sama menjaga keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan yang lain," tambah beliau.
Next Post Previous Post