Upin Ipin meninggal dunia?
Sebuah video yang menunjukkan kubur didakwa milik karakter animasi Upin dan Ipin telah tular di media sosial Tik Tok, Indonesia.
Video itu dikongsi akaun @bang_alonk3110 pada 16 Jan, dan sehingga Selasa ia telah ditonton hampir 4 juta dan dikomen lebih 83 ribu warganet Tik Tok.
Dua kubur kelihatan bersebelahan antara satu sama lain, dan pada batu nisan berwarna biru tertulis Ipin meninggal pada 2 April 1996, manakala Upin setahun sebelumnya iaitu 6 Ogos 1995.
Dari keterangan dalam video tersebut disebutkan bahwa cerita Upin Ipin dibuat berdasar khayalan Opah 10 tahun yang lalu.

"Pantesan gak pernah gede, ternyata cerita berdasarkan khayalan Opah 10 tahun yang lalu," tulis pemilik akaun itu yang dipetik Kompascom.
Pemilik akaun itu memberitahu, video itu diperolehi daripada kawannya di Malaysia.
Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi menerusi hantaran Facebook turut berkongsi berita itu dan memberitahu peminat agar tidak bimbang dengan khabar angin itu.
“Pagi tadi Atok (gelaran dirinya) terkejut membaca berita dari Jakarta bahawa Upin Ipin sudah meninggal dunia akibat kemalangan semasa bercuti di Sulawesi. Bagaimana mereka pergi bercuti sedangkan sekarang bukan cuti sekolah?”
“Kepada semua peminat Upin dan Ipin jangan risau mereka sentiasa sihat dan akan muncul bersama rakan-rakan di musim baharu,” katanya.
Pihak Les’ Copaque menerusi ciapan di Twitter menegaskan semua cerita Upin dan ipin adalah rekaan semata-mata dan ditulis sepenuhnya oleh Les’ Copaque Production.
“Ia tidak diambil atau diinspirasi dari kisah sesiapa yang masih hidup mahupun yang telah tiada,” ciap @lescopaque pada 17 Jan.
Ciapan itu mendapat disukai lebih 112,000 warganet Twitter dan diciap semula lebih 40,000 kali.
Siri animasi Upin Ipin mengisahkan kehidupan kanak-kanak kembar berusia lima tahun yang digambarkan nakal dan sering terilbat dalam masalah.
Siri ini bukan hanya menarik minat penonton di Malaysia malah negara jiran Indonesia.