Tenggiling rampas motosikal?

LIMBANG: Seorang lelaki terpaksa membuat panggilan kecemasan apabila seekor tenggiling "menyita" motosikal beliau dalam satu kemalangan jalan raya.

Sarawak Update diberitahu kejadian itu berlaku berhampiran Kampung Sungai Poyan, Limbang malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.31 malam itu seorang penunggang motorsikal yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya melanggar seekor haiwan.


Panik melihat haiwan itu, serta tidak tahu apa harus dilakukan supaya tidak membahayakan diri serta makhluk berkenaan, lelaki itu memohon bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak Limbang.

Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata seekor tenggiling menyorok di dalam bahagian bawah tempat duduk motosikal tersebut.

 
“Pasukan operasi bertindak menangkap tenggiling tersebut dengan melonggarkan ‘cover motosikal' untuk memudahkan tenggiling itu di keluarkan sehingga berjaya dan dilepaskan semula ke habitat asalnya,”kata beliau.

Terima kasih Bomba.

Berhati hati di jalan raya, pandu cermat Tenggiling selamat.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.