Chong kekal pengerusi meskipun Kelvin Yii paling popular


KUCHING: Chong Chieng Jen kekal sebagai Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak bagi penggal 2021-2023 meskipun berada di kedudukan kelima dalam senarai 15 calon terbaik dengan 94 undi berbanding Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii yang memperolehi undian tertinggi dengan 105 undi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan dan Ahli Parlimen Stampin itu memegang jawatan tersebut sejak 2013.

Pemilihan Chong bersama 14 lagi anggota jawatankuasa DAP negeri itu diadakan sempena Konvensyen Biasa DAP Sarawak 2022 di sini, hari ini.

Sementara itu, penyandang jawatan Timbalan Pengerusi David Wong Kee Woan gagal mempertahankan jawatan itu dan digantikan oleh Alice Lau.

Dalam pemilihan itu, Wong hanya memperolehi 58 undi sekali gus gagal tersenarai dalam 15 calon terbaik yang mana seramai 121 delegasi terlibat dalam undian tersebut.

Berikut adalah senarai 15 calon yang memenangi pemilihan parti itu:

Kelvin Yii (105 undi)
Alice Lau (98 undi)
Oscar Ling (95 undi)
Violet Yong (95 undi)
Chong Chieng Jen (94 undi)
Mordi Bimol (94 undi)
Chiew Chiu Sing (93 undi)
Julian Tan (89 undi)
Tony Ung (88 undi)
Alan Ling (84 undi)
Irene Mary Chang Oi Ling (70 undi)
Richard Lias (68 undi)
Sim Kiat Leng (67 undi)
Larry Asap (63 undi)
Yong Siew Wei (61 undi)

Barisan Jawatankuasa DAP Sarawak bagi penggal 2021 -2023 adalah:

Pengerusi: Chong Chieng Jen
Timbalan Pengerusi: Alice Lau Kiong Yieng
Naib Pengerusi: Mordi Bimol dan Oscar Ling Chai Yew
Setiausaha: Alan Ling Sie Kiong
Penolong Setiausaha: Larry Asap
Bendahari: Chiew Chiu Sing
Setiausaha Penganjuran: Violet Ying Wui Wui
Penolong Setiausaha Penganjuran: Tonny Ung
Setiausaha Publisiti: Kelvin Yii Lee Wuen
Pengarah Pendidikan Politik: Irene Mary Chang Oi Ling
Ahli-ahli jawatankuasa: Julian Tan Kok Ping, Sim Kiat Leng, Yong Siew Wei dan Richard Lias.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.