SKMM akan dakwa dua syarikat Sarawak, sebabkan 48 Teras kabel gentian optik TM bawah tanah rosak

Gambar arkib kabel putus akibat Pembinaan Pan Borneo

KUCHING: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membawa dua syarikat yang berpusat di Sarawak ke muka keadilan atas tuduhan menyebabkan kerosakan 48 Teras kabel gentian optik yang merupakan kemudahan rangkaian milik Telekom Malaysia (TM). 


The Borneo Post dipetik berkata, sumber SKMM memberitahu kes itu akan disebut di Mahkamah Sesyen Sri Aman pagi esok (19 Januari). 


"Dua syarikat terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," kata sumber itu. 


Kerosakan itu didakwa berlaku di tujuh lokasi di Sri Aman semasa kerja-kerja pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo. 


Bagaimanapun, sumber SKMM enggan mendedahkan maklumat lanjut seperti tarikh kejadian dan anggaran kerugian yang ditanggung.


Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan denda sehingga RM300, 000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 


Tamat

Next Post Previous Post