Pengedar cuba rasuah polis, KPD Limbang

 
LIMBANG: Seorang lelaki ditahan setelah cuba merasuah RM5,000 kepada anggota polis dalam Op Tapis yang dijalankan di Limbang pada Jumaat hingga Ahad lalu. 
 
Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata suspek  berusia 30-an  ditahan atas kesalahan  memberi suapan dibawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009  dengan merampas pelbagai wang tunai  bernilai RM 5,000. 
 
Beliau turut memberitahu   sebanyak empat buah  kenderaan  dipercayai digunakan untuk aktiviti pengedaran dadah bernilai RM67,000 turut disita dan dirampas dalan operasi tersebut. 

“Operasi dijalankan dua pegawai dan tujuh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang diketuai oleh ASP  S. Robert  Santhanam  menahan lapan individu  berusia 30-an hingga 50-an tahun kerana disyaki menyalahgunakan dan mengedar bahan terlarang berkenaan,”ujarnya. 
 
 
Katanya  operasi dijalankan di kawasan Jalan Kubong, kawasan Pabahanan dan di kawasan Bukit Hitam. 
 
 “Dalam operasi ini kita juga berjaya merampas dadah jenis syabu seberat  0.24 gram   dianggarkan bernilai RM50 dalam operasi sama,”katanya dalam satu kenyataan hari ini. 
 
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952, Seksyen 12(2) ADB 1952,  Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 serta Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985  dan Akta SPRM 2009. 
 
Tegas Parum Op Tapis BSJN IPD   Limbang,   akan diteruskan secara berterusan dari semasa ke semasa yang melibatkan aset-aset Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara maksima.
Next Post Previous Post