Pemuda ditangkap judi tanpa lesen

BAU — Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti loteri awam haram di sebuah premis makan dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah (KPD) Bau, DSP Poge Nyaon berkata, suspek berusia 20 tahun dari Kampung Triboh, Serian itu ditahan dalam Operasi Dadu semasa sedang duduk di sebuah meja makan sekitar jam 2.25 petang tadi.
“Kita turut merampas dua keping kertas bertulis angka dan sejumlah wang tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih daripada RM200,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun penjara.

Semakan rekod mendapati suspek tiada kesalahan lampau.
 
Next Post Previous Post