Nusantara ibu negara Indonesia

Desain Istana Negara di ibu kota baru. ©Instagram/Jokowi

JAKARTA: Ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur dinamakan Nusantara.

Nama baharu itu dipilih dan disahkan oleh Presiden Joko Widodo (Jokowi) secara langsung pada 14 Jan, seperti yang dipetik cnnindonesia semalam.


Menteri Perancangan Pembangunan Indonesia, Suharso Monoarfa berkata,  ada sekitar 80 lebih nama yang disenaraikan namun Nusantara akhirnya dipilih.


"Nusantara adalah istilah lama Jawa yang bermaksud "pulau luar", berciri ikonik di peringkat antarabangsa dan dikenali secara meluas masyarakat global sebagai Republik Indonesia."


"Pilihan itu dibuat kerana Nusantara sudah diketahui sejak dari dulu lagi, selain menjadi ikon antarabangsa dan menggambarkan Indonesia," katanya di Parlimen pada Isnin.


Indonesia memperuntukkan AS$35.8 juta dalam bajet negeri untuk pembinaan ibu negara baharu itu.


Pada 2019, Jokowi mengumumkan ibu negara Indonesia iaitu Jakarta akan dipindahkan ke Penajam Paser Utara dan Kutai Kartanegara di Kalimantan Timur.


Ia berikutan keadaan yang semakin sesak di Jakarta, selain bandar raya itu dilaporkan semakin tenggelam.


Ibu negara baharu itu adalah antara projek pembangunan infrastruktur yang menjadi keutamaan Jokowi di Indonesia sebagai pemangkin untuk membuka potensi ekonomi keseluruhan, menggalakkan pertumbuhan, mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan.

Next Post Previous Post