Lori musnah terbakar

KUCHING: Sebuah lori dilaporkan musnah dalam kebakaran di Jalan Datuk Haji Daud Abdul Rahman di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) bomba berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu pada jam 10.03 pagi tadi.

Katanya, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi memadam kebakaran.

"Setibanya di lokasi, api didapati sedang marak dan anggota segera melakukan kerja-kerja pemadaman melibatkan lori bernombor pendaftaran QLB 1333 sedang terbakar dan musnah di bahagian hadapan.

"Pasukan bomba bertindak memadamkan kebakaran menggunakan dua aliran salur bantu mula air daripada jentera," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu katanya, kebakaran tiada melibatkan sebarang kecederaan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Operasi seterusnya ditamatkan pada jam 10.25 pagi.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.