Lapan lagi dicekup memandu mabuk

SIBU: Seramai lapan  individu diberkas polis selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Ops Mabuk di Jalan Channel dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, oeprasi tersebut dijalankan disini bermula dari jam 9 malam Jumaat sehingga 2 pagi hari ini.

“Dalam operasi itu, lapan pemandu ditahan didapati gagal melepasi ujian pernafasan menggunakan mesin Evidential Breathalyzer (EBA) untuk mengesahkan kandungan alkohol dalam badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, seramai 69 individu diperiksa dan sebanyak 58 saman atas pelbagai kesalahan trafik sepanjang operasi tersebut.

Sementara itu operasi ini diadakan  JSPT IBu Pejabat Kontinjen bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Sibu bersempena sambutan Tahun Baru Cina.



LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.