Jalan rosak bahaya dibaiki

Pihak JKRS sedang melakukan kerja penyelenggaraan jalan di Jajaran Seksyen Sebangkoi
SARIKEI – Tindakan segera diambil oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKRS)bagi membaiki jalan yang rosak berikutan kerja pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak menerusi hantaran Facebook hari ini memberitahu, pihaknya menerima aduan awam kerosakan jalan di jajaran Seksyen Sebangkoi (Sungai Awik - Sungai Paoh).


“Kerja-kerja penyelengaraan telah pun dilakukan oleh pihak kontraktor.”

“Orang ramai dinasihatkan untuk memandu berhati-hati ketika melalui kawasan-kawasan yang masih lagi dalam proses pembinaan khasnya pada musim hujan,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, orang awam boleh mengemukakan aduan kerosakan jalan berikutan pembinaan lebuh raya itu
Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak untuk tindakan susulan.
Next Post Previous Post