IPD Kota Samarahan buat 'snap check' cegah jenayah

KOTA SAMARAHAN: Pencegahan jenayah berkonsepkan 'snap check' sedang giat dilaksanakan oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Samarahan di sekitar Taman Desa Ilmu, di sini. 

Menurut kenyataan Facebook rasmi IPD Samarahan, beberapa kawasan lain terutama 'hot sport' juga telah dikenalpasti menerusi kaedah tersebut.

Jelas kenyataan itu, polis akan mengunakan kaedah ini untuk menghalang penjenayah dari terus melakukan jenayah tanpa rasa takut terhadap kehadiran polis selain bertujuan menghapuskan peluang dan ruang kegiatan jenayah berleluasa.

"Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya dijumpai ada barang atau peralatan yang menyalahi undang-undang dijumpai ketika pemeriksaan dijalankan. 

"Semakan pendaftaran kenderaan turut dilaksanakan untuk mengesan kenderaan curi," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, inisiatif ini akan dilaksanakan secara berterusan untuk membanteras jenayah pecah rumah, kes-kes curi, samun, penyalahgunaan dadah dan aktiviti lumba haram. 

Semua kawasan panas di taman-taman perumahan dan kampung akan diberi keutamaan dalam meningkatkan rasa selamat masyarakat, tegas kenyataan itu.


Next Post Previous Post