Bekalan telur di Miri kembali pulih


MIRI — Penduduk Miri kini menarik nafas lega selepas isu kekurangan telur sejak minggu lepas pulih dengan penghantaran 300,000 telur ke sini mulai hari ini.

Pengarah Kementerian perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak Datuk Stanley Tan berkata, bekalan tersebut dihantar dari CCK Kuching.

“Sebanyak 145,000 biji dihantar pada hari ini (26 Januari) manakala 156,000 lagi keesokkan hari.”

“Bekalan telur biasanya mencukupi, tetapi berlaku pembelian yang luar daripada biasa menyebabkan berlaku kehabisan stok. Mungkin disebabkan sudah hampir dengan musim Perayaan Tahun Baru Cina dan peningkatan penggunaan telur,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Stanley, CCK Kuching membuat penghantaran tiga kali seminggu ke CCK Miri.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pengangkutan Dato Sri lee Kim Shin berkata, beliau banyak menerima aduan daripada orang ramai berhubung isu kekurangan bekalan telur sejak minggu lepas.

Beliau menggesa KPNHEP sentiasa memantau bekalan itu bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi untuk kegunaan tempatan.

Pada 22 Januari, KPDNHEP Miri memaklumkan masalah itu berpunca daripada pengeluaran telur berkurangan berikutan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Next Post Previous Post