ADUN Pakatan Harapan ditahan positif dadah
Gambar Malaysiakini BM |
Perkara itu disahkan oleh peguamnya RSN Rayer.
“Ya dia (Terence) ditahan. Saya hadir prosiding reman hari ini.”
“Polis meminta empat hari dan saya membantah reman itu. Mahkamah memerintahkan dia dibebaskan,” katanya dipetik Malaysiakini.
Terence, 54, menyandang jawatan ADUN selama dua penggal.
Terdahulu, Bernama melaporkan seorang ADUN Perak ditahan dalam serbuan polis di sebuah kelab malam di Perai, Bukit Mertajam malam tadi.
Dia ditahan kerana didapati positif dadah dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.
Jabatan Siasatan Narkotik Polis Pulau Pinang Mustafa Kamal Gani Abdullah mengesahkan 47 yang lain turut ditahan dalam serbuan jam 9 malam itu.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.