Lelaki nyaris maut, kereta terbakar selepas terbabit kemalangan
ROBAN -- Seorang lelaki nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbakar sejurus berlakunya kemalangan di hadapan SK Berayang di sini petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, sepasukan anggota dari BBP Saratok bergegas ke lokasj selepas menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 5.44 petang.
"Sejurus sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan kendiri yang membabitkan sebuah kereta yang mana kenderaan tersebut terbakar sejurus berlaku kemalangan," ujarnya.
Pasukan bomba kemudiannya bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan satu aliran air bantu mula yang mana api berjaya dipadam sepenuhnya dalam tempoh 1 jam.
Setelah api berjaya dipadam, pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 6.38 petang sebelum bertolak balik ke balai.