Lelaki 9 hari hilang dari rumah dijumpai mati lemas

SRI AMAN -- Seorang lelaki yang hilang dari rumah panjangnya di Rumah Jinis Tekalong di Skim Melugu sejak pagi Rabu lalu dijumpai mati terapung di bahagian hilir Sungai Dor pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, mayat mangsa iaitu Jackson Bar Runi berusia 23 tahun dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 10.25 pagi tadi pada jarak 1.6 kilometer dari rumah panjang beliau.

"Sejurus berjaya dikeluarkan dari sungai, mayat mangsa dibawa ke jalan utama Sri Aman -Kuching sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut," jelas beliau. 

Setelah itu operasi SAR hari yang yang ke-8 hari ini ditamatkan pada jam 12.30 tengah hari.
Sekitar jam 7.34 pagi Rabu lalu (20 November), mangaa dikatakan kekuatan rumah dan tidak lagi balik rumah sehiingga mayatnya dijumpai terapung di Sungai oleh pasukan SAR pagi tadi.
Next Post Previous Post