Remaja perempuan hilang di hutan ditemui mati berhampiran kebun durian

LAWAS -- Remaja perempuan berasal dari Kampung Loagan Kelilang Trusan yang hilang di hutan sejak Jumaat lepas ditemui mati berhampiran kebun durian petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, mayat mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan pencarian sektor A pada jam 1.17 petang.


"Mangsa yang dikenali sebagai Stevelyne Sari Simon berusia 18 tahun ditemui mati berhampiran kebun durian pada hari yang ketiga SAR" ujarnya.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.