Nahas dua motosikal dan lori, seorang maut manakala seorang lagi cedera

KUCHING-- Seorang maut seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan dua motosikal dengan sebuah lori di Batu 15 Jalan Kuching Serian semalam.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Mohd Irwan Md Radzi berkata, mangsa yang maut berusia 38 tahun, merupakan penunggang motosikal dan mangsa yang cedera pula merupakan pembonceng berusia 36 tahun.

"Kemalangan ini dipercayai berlaku sekitar jam 6.30 petang Jumaat di Batu 15 Jalan Kuching Serian melibatkan dua motosikal jenis Yamaha Lagenda dengan sebuah lori.


"Penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng motosikal mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Serian," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tegasnya, kes disiasat di bawah disiasat Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Sehubungan itu orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat BahagianSiasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Padawan Inspektor Muhammad Azimdi talian 011-36172665," ujarnya.
Next Post Previous Post