Mayat pertama mangsa bot karam di Jeram Menjawah dijumpai

BELAGA -- Mayat salah seorang mangsa bot panjang yang karam di kawasan Jeram Menjawah pada petang Ahad lalu ditemui oleh orang awam pada jam 1.15 petang tadi 
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak berkata, mayar mangsa Balavishnu Permaloo berusia 36 tahun telah telah dijumpai oleh orang awam pada jarak 50 meter dari lokasi kejadian.

"Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengangkat mangsa ke tebingan sungai dan seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM Belaga untuk tindakan selanjutnya," ujarnya beliau.



Dengan penemuan mayat mangsa pertama di hari ke-2 SAR ini sekaligus menjadikan seorang lagi mangsa iaitu Rhuban Apparoo berusia 30 tahun masih lagi hilang.

Dalam insiden yang berlaku pada petang Ahad lalu, empat mangsa termasuk seorang jurumudi bot yang disewa sedang bersiar-siar di kawasan jeram berkenaan sebelum bot yang dinaiki karam akibat arus deras sungai.


Dua mangsa termasuk jurumudi bot terselamat manakala dua lagi mangsa hilang dibawa arus deras jeram.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post