Pemandu maut, penumpang parah, kereta dinaiki berlanggar lori di Jalan Lapangan Terbang Miri

MIRI -- Seorang lelaki berusia 39 tahun yang merupakan pemandu kereta maut manakala seorang penumpang iaitu kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun parah selepas kereta yang dinaiki keduanya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Lapangan Terbang di sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Firdauz Chemat disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan KKM yang turut berada di lokasi.

"Sepasukan anggota bomba dari BBP Miri Sentral bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 2.20 petang," ujarnya.

Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah lori dan Perodua Aruz yang mana terdapat 2 orang mangsa yang merupakan pemandu dan penumpang kanak-kanak dalam kereta Perodua Aruz tersepit di tempat duduk bahagian hadapan.

Setelah size up dilakukan berkonsepkan saver lalu mengarahkan anggota operasi melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dimulakan dengan menggunakan peralatan rescue tool sehingga mangsa berjaya dikeluarkan. 

"Seterusnya mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki dibawa ke hospital Miri menggunakan dengan menggunakan jentera EMRS," jelasnya. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada PDRM sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Miri bagi bedah siasat.
Next Post Previous Post