Wanita kemuka maklumat palsu sewaktu pohon Kad Pengenalan 12 tahun

Putrajaya – Seorang wanita keturunan cina warganegara Malaysia telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret 2 Ayer Keroh, Melaka hari ini kerana dengan sengaja memberikan maklumat palsu dalam butir material Daftar Kelahiran yang mengandungi maklumat tidak teratur dan palsu untuk mendapatkan Kad Pengenalan 12 tahun di JPN UTC Melaka serta menjadi penganjur permohonan tersebut.

Tertuduh yang didakwa di bawah Peraturan 25(1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 telah dijatuhkan hukuman denda RM3,000 atau 5 bulan penjara jika gagal bayar.


JPN menyeru serta ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa memberikan kerjasama untuk membuat aduan terus kepada pihak berkuasa bagi setiap isu penyelewengan yang dikesan agar setiap kesalahan yang dilakukan dapat diambil tindakan penguatkuasaan yang boleh menjadi teladan kepada masyarakat amnya.
Next Post Previous Post