Wanita di Miri kerugian RM37, 400 gara-gara tertarik komisen lumayan kerja atas talian

MIRI -- Gara-gara tertarik dengan komisen lumayan yang ditawarkan dalam satu tawaran kerja secara atas talian, seorang wanita tempatan berusia 40 tahun di sini mengalami kerugian sebanyak RM37, 400 semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu dalam kenyataannya hari ini berkata, pada semalam, BSJKD Miri menerima satu laporan kes penipuan kerja atas talian yang menjanjikan komisen lumayan.

Mangsa katanya yang merupakan seorang pekerja swasta telah membuat urusan kerja sambilan secara atas talian setelah dimasukkan dalam satu kumpulan aplikasi Whatsapp "F35C19 Booking Promotion".

Bagi menyertai kerja sambilan itu, suspek diminta agar melakukan tugasan dengan menekan butang like dan follow dalam laman booking.com yang diberikan oleh suspek bagi mendapatkan komisen.

'Mangsa kemudiannya diarah suspek supaya berurusan dalam aplikasi telegram diminta membuat pembayaran dahulu sebelum memulakan sebarang tugasan oleh suspek bagi mendapat pulangan yang lumayan,'' ujarnya.

Mangsa menurut Alexson kemudiannya membuat 5 kali transaksi ke akaun bank pihak ketiga yang diberikan suspek yang melibatkan wang bernilai RM37, 400.

Mangsa katanya hanya menyedari menjadi mangsa penipuan setelah komisen yang dijanjikan masih belum diperoleh dan suspek meminta lagi sejumlah wang.

Suspek yang merasa dirinya menjadi mangsa penipuan kemudiannya bertindak membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Kes ini ujarnya akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) yang boleh membawa kepada hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun termasuk sebat dan juga denda.

Beliau dalam masa sama menasihatkan orang ramia agar sentiasa berwaspada dengan tawaran kerja secara atas talian khususnya dari laman sosial yang menjanjikan komisen dan mendapatkan keuntungan dengan kadar segera. 

Orang ramai juga tegas beliau digalakan bagi menghunungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 jika menjadi mangsa penipuan siber seperti love scam, phone scam e-dagang, pinjaman tidak wujud dan sebagainya sekiranya baru sahaja membuat transaksi pindahan ke mana-mana akaun keldai atau sindiket penipuan.

Mereka juga jelasnya boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui check scammers CCID atau melalui laman web http://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.
Next Post Previous Post