Penunggang motosikal maut terpelanting ke dalam longkang

MIRI -- Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terjatuh ke dalam longkang di Jalan Riverview Senadin malam tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, sepasukan anggota dari BBP Lutong bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 8.49 malam.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan kendiri yang melibatkan sebuah motosikal terpelanting ke dalam longkang yang mana mangsa turut tercampak ke dalam longkang berkenaan," ujarnya.

Setelah size-up dilakukan, PKO bertindak mengeluarkan mangsa dari dalam longkang dengan menggunakan tali penyelamat dan tangga. 

Pemeriksaan yang dijalankan oleh pasukan perubatan dari KKM mengesahkan meninggal di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya.
Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, maka pasukan bomba bertolak semula balik ke balai.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post