Kedai runcit musnah terbakar, 3 penghuni berjaya lari menyelamatkan diri

BETONG -- 3 penghuni sebuah kedai nyaris maut selepas kedai runcit yang didiami tiga sekeluarga itu di Rumah Adal Nanga 3 Layar musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota dari BBP Betong bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 10.30 pagi.

"Sampai di lokasi pasukan bomba mendapati sebuah rumah struktur kekal yang terdapat sebuah kedai runcit dalamnya," ujar beliau.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak menjalankan operasi pemadaman dengan menggunakan pam angkut 1 aliran 400 kaki 2 nozel yang mana sumber air diperoleh dari sumber air terbuka dari kolam buatan.

Setelah selama satu jam bertungkus-lumus memadam kebakaran, api akhirnya berjaya dikawal pada jam 11.30 pagi.

Pasukan bomba kemudiannya menjalankan kerja-kerja "overhaul" bagi memastikan tiada lagi berlakunyq kebakaran berulang.

Setelah api berjaya diipadam sepenuhnya, operasi pemadaman ditamatkan pada jam 1 petang sebelum bertolak balik ke balai.
Punca kebakaran serta anggaran kerugian yang dialami mangsa bagaimanapun masih lagi dalam siasatan.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post