Imigresen gempur 14 lokasi di Bintulu, 38 individu ditahan

BINTULU-- Unit Penguatkuasa Imigresen (UPI) Bahagian Bintulu menggempur 14 lokasi berasingan di bandar Bintulu
dengan menahan seramai 38 individu pelbagai warganegara dalam beberapa siri operasi yang dilancarkan bermula semalam.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dalam kenyataannya berkata,bertindak atas maklumat daripada orang ramai dan hasil risikan oleh UPI Bintulu, seramai 113 individu telah diperiksa melibatkan premis-premis seperti kilang, lot komersial, kawasan pembinaan dan rumah kongsi.


"Kesemua individu yang ditahan akan didakwa di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana telah melakukan pelbagai kesalahan seperti tinggal melebihi masa, penyalahgunaan pas serta tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah," kata kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dengan kehadiran individu-individu disyaki disarankan untuk melaporkan atau menyalurkan terus maklumat berkaitan ke Pejabat Imigresen yang berdekatan atau melalui saluran aduan sedia ada seperti tertera.
Next Post Previous Post