Bas tambang RM1 tabur pasir dalam periuk nasi pengusaha kereta sewa?

SERIAN— Pengusaha kereta dan van sewa di Serian dan Tebedu mendakwa tindakan pemandu bas bersubsidi tambang RM1 mengambil penumpang warga Indonesia di sini umpama menabur pasir dalam periuk nasi mereka.

Mereka mendakwa, tindakan pemandu bas yang lebih mengutamakan penumpang-penumpang dari negara itu menyebabkan pendapatan mereka terjejas teruk.

“Kami merasakan tindakan ini umpama menabur pasir di periuk nasi kami yang mana semua penumpang rakyat Indonesia diambil oleh bas tersebut. 

“Sejak bas tambang RM1 itu ke Tebedu, penumpang rakyat Indonesia telah mengambil kesempatan untuk menggunakan kemudahan itu kerana kosnya yang amat murah.

“Mereka menikmati subsidi RM1 daripada rakyat Malaysia yang sepatutnya khas kepada rakyat tempatan.

“Sedangkan orang Kampung yang menunggu bas di perhentian bas tidak ambil kerana bas sudah dipenuhi dengan penumpang Indonesia,” katanya kepada Borneo Network hari ini.

Menurut beliau, sepatutnya bas tambang RM1 adalah bas berhenti-henti dan mengambil penumpang dari setiap perhentian namun telah disalah guna.

“Ini menyebabkan pengusaha kenderaan sewa langsung tidak ada pendapatan dan menangis apabila semua penumpang ‘lari’ naik bas.

“Sehubungan itu, kami merayu kerajaan Sarawak berbuat sesuatu kerana kami pengusaha juga manusia hendak makan nasi, bukan hendak makan pasir,” katanya.
Next Post Previous Post