Lelaki parah, kereta dipandu terbabas dan rempuh pokok

KUCHING -- Seorang lelaki berusia 22 tahun parah dengan kecederaan bahagian muka dan patah peha selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu merempuh Sebatang pokok tepi Jalan Demak Laut awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota dari PKO Petra Jaya bergerak ke lokasi bagi menjalankan khidmat khas mengeluarkan mangsa tersepit sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.34 pagi.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan kendiri yang melibatkan sebuah kereta Perodua Viva yang terbabas dan melanggar sebatang pokok tepi jalan yang mana pemandunya dilaporkan masih tersepit dalam kereta," jelasnya.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas RTA dalam jentera. 

Setelah selesai mengeluarkan mangsa yang tersepit diruangan pemandu, mangsa seterusnya telah diberi rawatan awal oleh unit EMRS seterusnya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post