PPS Debak ditutup, semua mangsa banjir pulang

DEBAK -- Kedua-dua Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Debak telah ditutup serentak sekitar jam 12.00 tengahari Ahad dimana kesemua mangsa banjir telah pulang kerumah masing-masing. 

PPS Dewan Perpaduan dah tutup

Penutupan kedua-dua PPS terbabit disempurnakan oleh Pegawai Daerah Betong, Alfred Geling Ason yang turut dihadiri oleh ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana(JPB) Bahagian Betong yang lain pada majlis ringkas yang dijalankan. 

Untuk rekod, kedua-dua PPS masing-masing Dewan Millennia Debak yang menempatkan sebanyak 141 mangsa dengan 39 keluarga manakala Dewan Perpaduan Debak yang menempatkan 263 mangsa dengan 81 keluarga menjadikan kesemua mangsa seramai 404 orang sebelum ditutup untuk mangsa banjir pada kali ini.

PSS Dewan Millennia dah tutup

Banjir yang berlaku kali ini amat luar biasa setelah hujan turun dengan lebat pada petang Khamis dan air naik mendadak di tiga Kampung Melayu di Debak iaitu Kampung Lalang, Kampung Bungey dan Kampung Babu Debak memaksa pembukaan PPS bagi menempatkan mangsa.

Pelbagai agensi dan NGO telah turun padang membantu mangsa banjir termasuk bantuan dalam bentuk makanan, barangan keperluan dan sumbangan tenaga.
Next Post Previous Post