Tiga individu hadapi 21 tuduhan tipu beli, bina rumah tak wujud

MIRI— Tiga individu termasuk seorang wanita yang menghadapi dua pertuduhan penipuan pembelian dan pembinaan rumah, didakwa dengan 19 lagi pertuduhan membabitkan kerugian RM883,670.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan 40-an hingga 60-an dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama di Mahkamah Majistret Miri pada 6 November lalu.

“Tuduhan melibatkan 19 kertas siasatan atas kerugian berjumlah keseluruhan RM883,670 yang telah dilaporkan pada tahun lalu. 

“Ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah selepas 19 pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Alexson berkata, mahkamah kemudian memerintahkan ketiga-tiga mereka diberikan jaminan tunai sebanyak RM500 dengan seorang penjamin tempatan bagi setiap pertuduhan terlibat sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Katanya, mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes praperbicaraan (PTCM) pada 6 Disember depan jam 9 pagi, manakala perbicaraan awal bagi dua kertas siasatan kes ini juga dijangka pada 20 hingga 23 November ini di Mahkamah Miri,

Katanya, perkembangan ini menunjukkkan kejayaan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dalam membuat pertuduhan ke atas 21 kertas siasatan isu dan suspek yang sama.

“Siasatan bagi laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa dalam kes ini juga masih terus berjalan dan tindakan pertuduhan akan dibuat secara berperingkat pada masa depan setelah kes tersebut lengkap dan mendapat arahan pertuduhan daripada pihak pendakwa raya.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.