Teknologi Simpanan Karbon: Terengganu belajar dari Sarawak

KUCHING -- Kerajaan Terengganu mahu bekerjasama dan belajar dari Sarawak dalam aspek inisiatif pembangunan rakyat termasuk Projek Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS). 

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, ini kerana kedua-dua negeri itu mempunyai telaga minyak yang sesuai untuk projek CCUS. 

“Inisiatif dan projek-projek yang dilaksanakan kerajaan Sarawak yang saya rasa terbaik dan kita akan cuba laksanakan juga di Terengganu kerana ada beberapa keadaan yang agak sama antara Sarawak dan Terengganu antaranya isunya berkaitan dengan penyimpanan karbon.

“Di Terengganu kita ada telaga minyak dan disinilah kita mahu belajar apa yang dilaksanakan di Sarawak,”katanya.  

Beliau berkata demikian kepada pemberia selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia, di sini pada Isnin. 

Tambah beliau lagi, mereka telah mencapai kata sepakat dimana kerajaan Terengganu akan menghantar satu pasukan untuk mempelajari perkara itu dengan Sarawak.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Tenaga Dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr. Hazland Abang Hipni, Pengerusi SEDC Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Dato Husain dan dif-dif kenamaan yang lain.-EDISI UKAS
Next Post Previous Post