Lelaki edar dadah lebih RM20,000 ditahan

MIRI— Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah di bandar ini dengan menahan seorang lelaki tempatan di sebuah pusat hiburan, malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, suspek berusia 25 tahun ditahan dalam serbuan sekitar jam 9.30 malam.

“Semasa pemeriksaan, polis menemui dadah disyaki Ecstacy seberat 935.10 gram dan Ketamin 8.40 gram dalam beg dengan nilai keseluruhan 
RM22,339.39,” katanya dalam kenyataan.

Alexson berkata, suspek direman tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya tidak dihukum mati, boleh disebat tidak kurang dari 12 kali.
Next Post Previous Post