Warga emas rentung dalam kebakaran

DARO: Seorang warga emas lelaki ditemui mati rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Halud Matu awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, mayat mangsa, Merais Arus 68 ditemui pasukan bomba berdekatan pintu utama rumah pada jam 5.10 pagi.

Pasukan bomba menerima makluman berhubung kebakaran pada jam 2.51 pagi,
sepasukan anggota dari BBP Daro ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja memadam serta menyelamat mangsa.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah rumah papan sedang terbakar," jelasnya.

Makluman awal ujarmya mendapati rumah berkenaan didiami lima sekeluarga yang mana seorang didapati terperangkap dalam kediaman berkenaan.

"Pasukan bomba mengambil masa dua jam bagi memadam kebakaran, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.10 pagi," jelasnya.

Pemeriksaan yang dijalankan ujarnya telah menemui mayat mangsa yang telah rentung dan dijumpai berdekatan dengan pintu utama rumah tersebut.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

Gambar PGO Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.