Warga emas dikhuatiri lemas di Sungai Baram
MIRI -- Seorang wanita warga emas dikhuatiri hilang serta lemas di Long Miri Sungai Baram malam tadi.
Maklumat awal yang diperoleh dari BBP Marudi mengesahkan mangsa yang dikhuatiri hilang dan lemas dibawa arus deras sungai dikenali sebagai Puyang Ajang berusia 60 tahun.
Semasa kejadian, mangsa dikatakan keluar rumah di sebelah siang namun tidak balik ke kediamannya di Long Miri meskipun hari sudah beransur gelap.
Bimbang sesuatu yang buruk menimpa mangsa, maka Ketua Kampung bertindak menghubungi talian kecemasan bagi pada jam 8 malam bagi membolehkan pasukan bomba membantu dalam usaha pencarian mangsa.
"Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 9.40 malam dan memulakan usaha pencarian dengan bantuan penduduk kampung dengan menggunakan teknik pencarian secara permukaan, namun masih gagal menemui mangsa," ujarya.
Usaha pencarian akan diteruskan di hari yang kedua hari ini yang mana sebarang perkembangan terbaru akan dimaklumkan dari masa ke masa.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.