Wanita dan kanak-kanak lelaki 11 tahun parah dalam kemalangan kendiri

BINTULU: Wanita berusia 39 tahun dan kanak-kanak lelaki berrusia 11 tahun mengalami kecederaan parah selepas kenderaan SUV Mitshubishi Pajero yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan di kawasan Batu 25 Jalan Bintulu-Miri petang tadi.

Dua lagi mangsa iaitu kanak lelaki dan perempuan berusia 3 dan 7 tahun dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 4.23 petang.

"Tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang melibatkan sebuah kenderaan jenis SUV yang terbabas di bahu jalan," jelasnya.

Pasukan bomba mendapati terdapat seorang mangsa tersepit pada kerusi duduk pemandu," jelas beliau.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak menggunakan "rescue kit" bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sehingga berjaya.

Selepas berjaya mengeluarkan mangsa seterusnya, pasukan bomba kepada petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Setelah operasi mengeluarkan mangsa dan menyelamat ditamatkan pada jam 5.26 petang, pasukan bomba bertolak balik ke balai.
Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post