Tiga maut, seorang cedera parah nahas dua kenderaan

Hulu Selangor—Tiga maut, manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kuala Kubu Bharu Rawang-Bukit Beruntung, berhampiran Serendah Golf Resort, di sini, hari ini.

Kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza dan kereta Perodua Axia.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, 
 11 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dengan bantuan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan jam 11.06 pagi.

"Terdapat empat mangsa terbabit. Lelaki yang menaiki Toyota Avanza maut, manakala seorang wanita parah.

"Sementara seorang lelaki dan wanita yang menaiki Perodua Axia meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa yang parah diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.

Gambar Kredit Bomba 
Next Post Previous Post