Tiga lelaki Sarawak dicari kes perbicaraan berkaitan dadah

KUALA LUMPUR— Polis sedang mengesan tiga lelaki yang berasal dari Miri untuk menjadi saksi bagi kes perbicaraan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Ketiga-tiga individu terbabit adalah Ahmad Idham Safry, 18; Mohamad Haizam Mohd Zar, 37 dan Muhammad Nidzam Ismail, 38.

Ahmad Idham berasal dari Lot 547, Piasau Jaya, Lorong 1B, manakala, Mohamad Haizam beralamat terakhir di Lot 1940 Piasau Lorong 6, Jalan Pujut, sementara, seorang lagi, Muhammad Nidzam tinggal di Lot 705, Piasau Jaya Fasa 1, Lorong 1C.

Pemangku Pegawai Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Inspektor Mazliyana Abd Latiff berkata, kesemua yang dicari berusia antara 18 hingga 38 tahun, lapor Malaysia Gazette.

“Kesemua mereka yang berasal dari daerah Miri, Sarawak dikehendaki mengikuti perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jenayah 4, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan,
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Dang Wangi, ASP Siti Nadiyana Hamzah di talian 013-3809931/03-26002222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Next Post Previous Post