Tiada lagi beras percuma, calon Aspirasi disiasat SPRM

BINTULU—Calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) Chieng Lea Phing, 62 menghentikan pengagihan beras percuma buat orang awam yang memerlukan bantuan beras bagi menggelakkan salah faham sepanjang tempoh berkempen ini.

Jelasnya, walaupun niat murni beliau ialah bagi membantu golonngan yang kurang bernasib baik yang memerlukan bekalan beras bagi menampung kehidupan seharian, ianya dilihat menimbulkan salah sangka serta menimbulkan rasa tidak senang sesetengah pihak.

"Ya, kalau ia harus dihentikan disebabkan melanggar undang-undang dalam kempen, kita akan hentikan pengagihan beras percuma ini buat penduduk khususnya golongan B40 yang terhimpit atas kos hidup yang semakin mahal.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Borneo Network difahamkan bahawa pada hari ini, dalam laporan media tempatan, SPRM akan menjalankan siasatan terhadap tindakan seorang calon PRK Jepak yang dikata mengagihkan beras kepada orang awam dan dikaitkan dengan unsur rasuah.

Pengarah SPRM Sarawak Mohd Zaki Hassan mengarahkan agar isu ini akan diteliti dan disiasat oleh petugas SPRM di Bintulu.

Semalam, Chieng telah mengagihkan sekitar 1, 000 kampit beras buat orang awam yang memerlukan sebagai langkah strategi kempen beliau dalam PRK Jepak.
Next Post Previous Post