Ribuan liter diesel tumpah atas Lebuhraya Pan Borneo

MIRI—Sebuah lori tangki yang sarat dengan muatan 16, 000 liter diesel merempuh penghadang jalan lalu terbalik di kawasan Ladang 3 Tangap Jalan Pan Borneo di sini petang tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah Rary Binjie, sepasukan anggota BBP Batu Niah bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 1.59 petang.

"Maklumat awal yang diterima mengesahkan pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan kendiri yang melibatkan lori tanker jenis Nissan yang sarat dengan muatan diesel.

Pasukan Bomba yang menggunakan PPE lengkap kemudiannya membuat "size-up" dan dengan bertindak menggunakan 1 aliran salur bantu mula daripada pam jentera bagi tujuan keselamatan ketika kerja-kerja menterbalikan lori tersebut.

"Setelah lori berjaya dialih, pihak bomba dengan bantuan kontraktor Pan-Borneo bertindak menabur pasir di sekitar tumpahan minyak di atas jalan tersebut.

Setelah selesai operasi pada jam 5.25 petang dan keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba bertolak bertolak semula balik ke balai.

Gambar BBP Batu Niah
Next Post Previous Post