Pesara maut dirempuh motosikal

KUCHING-- Seorang pesara maut selepas dilanggar sebuah motosikal di Kampung Punau, Jalan Puncak Borneo malak tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata berkata dalam kejadian 9.10 malam itu mangsa yang maut dikenali sebagai Siges Aleng, 76, beralamat di Kampung Satap, Batu 17 Jalan Penrissen disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang seorang lelaki, 31 tahun, datang dari Kampung Punau menghala ke Batu 10 dan mangsa berjalan kaki dari rumah menghala ke Kedai berhampiran Pulapol Kuching.  

"Apabila sampai di Jalan Puncak Borneo berhampiran Kampung Punau motosikal terbabit telah melanggar mangsa dari arah belakang yang sedang berjalan kaki di tepi jalan dari arah yang sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, akibat kemalangan tersebut mangsa telah disahkan maut di lokasi kemalangan oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Umum Sarawak pada jam 10 malam. 

"Manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan patah tangan dan luka di badan dan telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.

Tegasnya, kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Next Post Previous Post